TAMBUNAN, SABAH.

9/14/2011

Sedikit Tentang Sejarah KADAZANDUSUN

1 SEJARAH ASAL USUL MASYARAKAT KADAZANDUSUN MELALUISUMBER LISAN (CERITA) DAN FORUM Edited By: Fred Apat(mrf red85@gmail.com) PRAKATA Kepada para pembaca,hasil nukilan dan tulisan dalam artikel ini adalah dipetik dan disesuaikan oleh penulis daripada forum-forum yang ada dinyatakan sumber-sumbernya dan tidak melalui kajian yang mendalam. Tujuan penulisan ini hanyalah unt uk menghimpunkan pendapatumum tentang sejarah asal usul MasyarakatDusun dan Kadazan (KadazanDusun) ke dalam satu Penulisan yang lebih mudah dibaca,agarsetiap orang dapat memikirkan logik dan kebenarannya. 1.0 PENGENALAN KADAZANDUSUN merupakan kumpulan etnik (bumiputera) yang terbesardi Negeri Sabah. Masyarakatini merupakan golongan petani, tetapi dengan perkembangan sosio- ekonomi yang dicapai oleh negara Malaysia sekarang, masyarakatini beransur-ansurberalih ke bidang perkhidmatan, perniagaan dan pertanian moden. Sebelum Sabah merdeka melalui Malaysia, masyarakatKadazandusun dikenali sebagaiDusun, iaitu nama yang diberi oleh orang luarkepada mereka. Setelah mencapai kemerdekaan, mereka menggunakan nama "Kadazan" secara rasmi sebagai identiti mereka. Tetapi, oleh 'kerana masih terdapatetnik dari pedalaman yang berpendirian mendukung identiti "Dusun", istilah "Kadazan"dan "Dusun"dipersatukan menjadi "Kadazandusun" untuk memupuk dan menyatupadukan semangat "kesatuan" di kalangan mereka. Banci pada tahun 1991 menunjukkan bahawa dari jumlah 1,8 juta orang penduduk Sabah, terdapat372;089 orang Kadazandusun. Anggaran jumlah penduduk Kadazandusun pada tahun1994 bertambah menjadi 433,600 orang, yang mana ianya terbahagi dalam dua kumpulan etnik iaitu Kadazandusun dan Murut./Sebilangan besardari mereka terdapatdi daerah Penampang, Putatan, Kawang, Papar, Kimanis, Bongawan, Beaufort, Kuala penyu, Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat. Pitas, Labuk Sugut, Paitan, Telupid, Ranau, Tambunan, Keningau, Tenom, Sook, Pensiangan dan Ulu Kinabatangan. MenurutPersatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) dan di dalam perlembagaannya, Kadazandusun merujuk kepada empatpuluh etnik seperti berikut: Bonggi,Lingkabau,Nabai,Tatana,Bundu,Liwan,Paitan,Tangara,Dumpas,Lo bu,Pingas,Tidong,Gana, Lotud, Rumanau,Tindal,Garo,Lundayo, Rungus, Tobilung,I daan, Makiang,Sinobu, Tolinting,Kadayan,Malapi, Sinorupu,Tombonuo,Kimaragang,Mangkaak,Sonsogon,Tuhawon,Kolobua n,Minokok,Sukang,Tutung,Kuijau, Murut, Sungai, Bisaya Kesemua etnik ini mempercayai bahawa mereka berasal dari Nunuk Ragang,iaitu satu petempatan awal Kadazandusun yang terletak di Kawasan perkampungan Tompios dalam daerah Ranau. (ht t p:/ / www.idesa.net .my/ modules/ news/ ar t icle.php?st or yid=896) Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun. Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan t ent ang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum inibermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikuttempatyang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikutstatistik, terdapatlebih kurang 40 etnik yang terdapatdalam suku kaum Kadazandusun. Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikutetnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama. Pakaian tradisiini pula berbeza mengikutkawasan dan sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corakpakaian dalam perayaan t ert ent u. Set iap et nik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian t radisinya sendiri. Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum iniamatmenarik dan unik. Alat-alatdan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensiuntuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alatmuzik tradisi yang popularialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi. Disebabkan masyarakatKadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik mengikutetnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adatresam penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuat u kawasan. Dalam setiap upacara rasmiataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu. Kemuncak bagipemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusiPerayaan Pesta Kaamat an yang diraikan pada set iap 30dan 31 Meiset iap t ahun. Dalam perayaan ini,berbagaiacara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menj adit arikan dalam Perayaan TAHUKAH ANDA?? Kadazandusun merupakan satu kelompok masyarakatetnik peribumi yang terbesardi Sabah yang dikenal juga sebagai suku kaum Dusun.


Info ini dipetik dari sumber internet.... Bukan Tulisan Yoku kio.... hehehehe.... Sharing Is Caring :) peace.... ~!