TAMBUNAN, SABAH.

9/26/2014

Atlet Nepal lari dari perkampungan sukan Incheon dipercayai ingin cari kerja di Korea (Ibarat Menyelam sambil minum air lah kes dia ni..hehehe)

INCHEON: Polis Korea Selatan, hari ini sedang memburu seorang atlet Nepal yang hilang dari perkampungan sukan di Sukan Asia di sini, hari ini.

Jawatankuasa penganjur temasya berkenaan berkata atlet lelaki itu dari pasukan sepak takraw tidak hadir, semalam apabila pasukannya berkumpul untuk pulang dari Incheon.

Polis - atas rayuan pasukan Nepal - membuat penyiasatan dan mendapati lelaki berkenaan sudah meninggalkan perkampungan sukan tanpa memberitahu sesiapa.

Penganjur tidak menamakan atlet berkenaan tetapi menyuarakan rasa kecewa di atas insiden itu.

"Rakaman di kamera litar tertutup di perkampungan berkenaan menunjukkan seorang lelaki berpakaian hitam membawa beg dan meninggalkan tempat dalam kegelapan," kata inspektor kanan polis di Incheon, Kwon Wang-Hoon kepada AFP.

"Kami percaya dia hilang untuk mencari pekerjaan di sini," kata Kwon.

"Jika dia kembali sebelum tamat tarikh visa iaitu pada 19 Oktober ini dia akan pulang tanpa masalah. Tapi jika gagal dia akan berdepan tuduhan sebagai pendatang haram ke negara ini." - Sumber daripada AFP 

repost balik saja bah... hehehe

No comments:

Post a Comment